Welcome To Awas Ada Boy Jangan Lupa Difollow Ya Silahkan Menikmati Artikel Dari Blog Kami Yang Ada Disini

Senin, 25 Juli 2011

Kenali virus "Hi, how are you"

"Hi, how are you. Itulah ayat pertama keramat yang diterima oleh mangsa. Jangan terpedaya dengan mana-mana mesej yang meragukan walaupun datangnya daripada rakan anda sendiri. Baru2 ini Gaysec memberi informasi berkaitan virus yang merebak di facebook. Jom kenali virus yang menyerang facebook anda!


#Title: Koobface, virus yang pandai dan aktif sedang berjalan di laman sosial
#Date: 22 Julai 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera daripada kami, Selang beberapa minggu ini, kami mendapati banyak berita dan sesiapa sahaja yang berada di laman sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter telah dijangkiti oleh satu virus yang diberi nama "Koobface".

Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi. Koobface telah dibina dan cipta untuk operasi sistem seperti "Microsoft Windows" dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)".

Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer" atau "laptop" seseoarang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya akan mula mendapatkan informasi seperti FTP(file transfer protocol), facebook dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun kewangan. Ia kemudiannya menggunakan komputer dikompromi untuk membina sebuah botnet peer-to-peer.

Komputer yang telah dikompromi akan menerima apa sahaja arahan daripada fesyen pear-to-pear. Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada "penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut, apabila seseoarang itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar satu pautan yang palsu sama seperti laman facebook atau youtube, dan akan terpapar salah satu pautan atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun "adobe flash player" di atas sebab "adobe flash player" itu berada pada versi yang lama, dan tidak dapat membuka "video" ataupun pautan itu sekiranya seseoarang tidak melakukan kemaskini pada versi "adobe flash player" sekarang.

Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan sesebuah komputer itu akan dikompromikan oleh virus koobface itu. Berikut adalah salah satu cara untuk membuang virus koobface "hi. how are you" pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu.
Cara 1: http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/

Sumber : gaysec.net
Anda mungkin juga meminati:
Nuffnang,Gengblogger,Tv3,Cimb dan terkini Advertlerts digodam!
Pesanan kepada Nuffnangers!
Ketua Pengodam Ditangkap ! Lulz security




Reaksi:

0 komentar:

Poskan Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews