
GADIS malang ini terpaksa menahan sakit apabila kepalanya tersepit di pintu sebuah bas.
ANHUI  - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada  pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan,  wilayah Anhui, China.
Kejadian  itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup  pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa  menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu  bas tidak menyedarinya.
Mujurlah  beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah  pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik  sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu  segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia  terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan. - Agensi



 





 19.40
19.40
 awas ada boy
awas ada boy
 
 Posted in:
 Posted in:  

 
 

0 komentar:
Posting Komentar