
RAHMAT  SULISTYO (kiri) yang menyamar sebagai wanita berkahwin dengan Muhammad  Umar di Kampung Bojongsari, Indonesia pada 19 September 2010.
BEKASI  - Seorang lelaki, Rahmat Sulistyo yang menyamar sebagai wanita dan  berkahwin dengan lelaki lain didakwa di sebuah mahkamah semalam, lapor  akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Dia  didakwa menggunakan identiti palsu dan menyamar sebagai wanita bernama  Friska Anatasya Oktaviany semasa berkahwin dengan seorang lelaki,  Muhammad Umar pada tahun lalu.
Lelaki  itu berkahwin dengan Muhammad di rumahnya di Kampung Bojongsari,  Kelurahan Jatisari, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi pada 19 September  2010 selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.
Dalam  pendakwaan semalam yang merupakan hari pertama perbicaraan, Rahmat  didakwa memalsukan keterangan dalam dokumen pernikahan dan menggunakan  dokumen palsu.
Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara tujuh tahun.
Semasa pernikahan itu, penghulu di kampung tersebut tidak mengetahui bahawa Rahmat menyamar sebagai seorang wanita.
Identiti  sebenar Rahmat terbongkar enam bulan selepas dia bernikah setelah  suaminya memeriksa tubuh 'isterinya' itu ekoran rungutan jiran-jiran  mereka bahawa kelakuannya seperti lelaki. - Agensi



 





 19.43
19.43
 awas ada boy
awas ada boy
 
 Posted in:
 Posted in:  

 
 

0 komentar:
Posting Komentar